sukan

Ahad, 27 Februari 2011

CINTA YANG TAK KEMBLI….(Antara cerpen yg aku wat sendiri)hehe

Seperti biasa asri bangun dari tidur dia berdoa ke atas ilahi supaya dapat menjalani hidup ini dengan gembira dan tidak lupa akan kewajipannya..
Tiba-tiba asri melihat jam sudah menunjukkan jam 6.45 pagi.. Dia bergegas mencari tuala dan berlari ke bilik mandi.. “Mak!! Kenapa tak kejut abang!! Tengok kan dah lambat!!” asri menjerit kemarahan… “Kan kau dah besar…tak boleh ke kau bangun sendiri…” jawab ibunya dengan lembut.. ibunya takut jika dia marah, hidup asri tidak diberkati.. “Memang laa… tapi kan abang kan bangun lambat ni kenapa mak tak kejutkan!!..” tengkingnya lagi.. Asri membuka pintu bilik air dan menghempaskan sekuat hatinya.. Dia berasa amat marah kerana dia takut lewat ke sekolah lagi.. semalam aku lewat dan kena tahan dengan guru disiplin tak kan aku kena tahan lag hari ni.. bisik hati asri dengan perasaan marah sambil mandi seperti mandi pepetung.. setelah selesai mandi dia bergegas lari ke bilik mencari bajunya… dia melihat ibunya baru menggusokkan baju sekolahnya.. “Mak!! Dah pukul berapa ni!! Baru nak gosokkan baju abang!! Nape tak siapkan lagi malam tadi!!” asri menengking ibunya kerana lewat menyiapkan pakaiannya.. “Mak penat la nak… malam tadi mak tidur awal,penat sangat rasa badan mak ni…” ibunya menjawab sambil batuk-batuk .. “Ah! mak ni memang kuat tidur! Cepat lah!” asri memarahi ibunya lagi.. di dalam hati ibunya menangis kerana sikap anaknya yang hanya tahu menyuruh sahaja.. dia tidak tahu berdikari sedangkan umurnya sudah menjangkau 17 tahun dan tahun ini dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).. Asri bersiap sambil mencaci-caci ibunya.. “Lemdap! Dah tahu aku lambat tu kejut la awal sikit!.. menyusahkan..!” dengan keadaan separuh kemas dia berlari dan mencapai bag sekolah sambil melihat jam telah menunjukkan jam 7.15 pagi.. tanpa menyalam ibu dan ayahnya, asri terus menghidupkan enjin motor lalu terus memecut laju menuju ke sekolah.. dalam perjalanan asri hampir-hampir kemalangan melanggar orang tua yang hendak menghantar anaknya ke sekolah kerana orang tua itu tidak melihat kiri dan kanan semasa hendak melintas jalan..orang tua itu terbabas masuk ke dalam semak..asri berhenti sebentar dan memarahi orang tua itu.. “woi orang tua, nak mampus ke!! Tengok kiri kanan la kalau nak lintas tu!! Nasib aku tak langgar kau, kalau tak mati kau dengan anak kau tu..”.. “maaf nak.. pak cik tak prasan tadi..” jawab orang tua itu.. tanpa menoleh lagi,asri terus membawa laju motornya itu menuju ke sekolah.. dia membiarkan sahaja orang tua itu berdua bersama anak perempuannya.. tiba di sekolah,dia ditahan lagi dengan cikgu jamsari iaitu guru disiplin sekolahnya kerana lewat ke sekolah lagi..dia menggelar cikgu itu “cikgu masalah” kerana cikgu itu selalu menggangu aktivitinya di sekolah dan sering merotannya kerana seluar kecik.. setelah mengambil nama, asri dibawa ke biliknya dan dia diberi amaran ke dua kerana sering lambat ke sekolah dan sering ponteng kelas.. dengan itu asri dirotan dan disuruh berlari di tengah-tengah padang sebanyak tiga pusingan.. dia cuba membantah hukuman itu kerana malu di ketawakan oleh warga sekolah itu.. bantahannya ditolak.. jika dia melawan,cikgu akan menggantung persekolahannya dan sijil berhentinya hanya “memuaskan” sahaja.. dengan perasaan hati yang panas membara asri dirotan dan terus berlari di tengah-tengah padang.. terdengar suara-suara pelajar-pelajar mengutuknya.. “Asri malang.. Asri perosak.. asri budak jahat..” perasaannya semakin panas membara.. “ini semua silap ibu ku yang lambat mengejut ku dan orang tua bersama anak itu yang menghalang perjalananku ke sekolah tadi…” asri bercakap sendiri sambil berlari... Selesai berlari tiga pusingan asri dipanggil oleh cikgu jamsari.. cikgu jamsari memberi amaran kepada asri..“ini last warning..kalau awak lambat lagi ke sekolah dan melakukan lagi kesalahan disiplin, saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat amaran ke tiga dan buang awak dari sekolah ini.. faham??” “ya cikgu..” jawab asri sambil menarik muka tidak puas hati.. dia terus masuk ke kelas dengan perasaan tidak puas hati dengan ibunya,orang tua tadi dan cikgu jamsari.. di kelas kawan-kawannya mentertawakan asri.. dia berasa sangat malu dengan dirinya itu.. kawan baiknya jefri juga menggelakkan dia.. “diam lah!!” jerit asri dengan kuat dan membaling bagnya ke atas meja.. semua kawannya terdiam sebentar.. “relax la asri… baru kena sikit takkan da touching…tu la kau,buat hal lagi dgn ciksu masalah tu.. kan dah kena..” pujuk jefri.. “sikit kepala otak kau!ni semua salah mak aku la kejut lambat,lagi satu ada orang tua nak mampus mana entah tadi nak kena langgar degan aku,nasib baik aku sempat elak..” asri memarahi jefri dan kawan-kawannya dan menceritakan sebab dia lambat.. dalam masa P&P dia tidak memberi tumpuan langsung terhadap kepada cikgu yang sedang mengajar.. perasaan marahnya masih belum reda lagi.. sehingga waktu balik sekolah dia begitu sahaja.. tiba di rumah dia terus mencampakkan bagnya di sebuah sudut rumah.. “mak, masak apa hari ni? Abang lapar ni..” “tengok lah apa yang ada kat dapur tu.. mak tak masak la hari ni.. badan mak tak sihat..” rintih maknya sambil mengurut-ngurut dadanya.. “mak memang malas.. patut ayah tak ada kat rumah .. entah-entah dia pergi rumah bini ke dua dia…” dengan selambur asri berkata bergitu kepada ibunya..ibunya tiba-tiba menangis.. dia tidak menghiraukan ibunya yang menangis itu..

Waktu petang,dia berjalan bersiar-siar di sekitar kampung bersama kawan baiknya jefri.. tiba di sebuah rumah,tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan sedang membaca ayat-ayat suci al-quran.. serta merta dia memberhentikan motornya itu.. asri dan jefri pergi ke rumah itu dan mencari dari manakah suara yang merdu itu datang.. “walaizin taba’ ta ahwaaa ‘akum…………” lagu bayati dan hijaz dilagukan oleh wanita yang membaca ayat al-quran itu sungguh mengasyikkan telinga asri mendengarnya..dia teringat lagu itu sama seperti lagu yang pernah diajar oleh ibunya semasa dia kecil dahulu…dia pergi ke dinding rumah kayu itu dan mencari-cari jikalau terdapat lubang yang membolehkan dia melihat siapakah gadis yang merdu suaranya itu.. “mesti cantik perempuan ni kan jef? Dengarlah suara dia..tak sabar aku nak tengok siapakah gadis ini jef..” asri terjumpa sebuah lubang di situ.. apabila dia dapat melihat gadis itu, hatinya tertarik dengan kejelitaan gadis itu.. di hadapan gadis itu terdapat seorang tua sedang memperdengarkan bacaan gadis itu.. “wah jef,rupa-rupanya ini anak pakcik tua yang aku nak langgar tadi lah.. masakan aku boleh tak perasankan anak dia yang cantik tu tadi.. kalau aku tahu anak dia cantik macam ni,aku tolong dia tadi.. aduhh…..rugi,rugi..” asri berasa bersalah kerana memarahi orang tua itu.. dia akan cuba meminta maaf dengan orang tua itu dan mahu berkenalan dengan anak gadisnya itu… “eh ri, baik kita pergi dari sini sekarang..kalau orang kampung nampak mati kita kena cas mengintai anak dara orang pula..jom,jom!!” jefri mengajak asri yang sedang asyik mendengar bacaan gadis itu supaya pulang..jefri terus menarik asri ke motor sambil asri tidak melepaskan pandangannya ke rumah itu..
pada malam itu, asri sering teringatkan alunan suara bacan ayat al quran yang dibaca gadis itu.. tak lena matanya hendak dipejamkan sehingga ibunya memanggilnya pun tidak diendahkan.. ibunya masuk ke dalam bilik asri mengajak dia makan malam bersama.. “abang..mak panggil suruh makan pun abang tak dengar ke? Apa yang tengah abang fikirkan tu…” tegur ibunya . “mak pergi la dulu sana,abang tak de selera nak makan la…” “kau tak sihat ke nak?” “bukan la mak, mak pergi je la dulu, abang tak lapar.. jangan sebok boleh tak..” ajakan ibunya tidak diendahkan malah makin dimarah pula.. ibunya berasa sangat kecil hati lalu terus keluar dari bilik itu dengan tangisan.. “kenapa dengan awak ni kiah..tiba-tiba je menangis..” tegur ayah asri yang sedang makan di atas lantai di dapur.. maklum saja lah,mereka orang miskin,haji arsyad ayah tiri asri hanya seorang nelayan.. rumah mereka pun hanya sederhana sahaja.. itu pun tinggalan arwah ayah kandung asri yang meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa membawa lori besar enam belas tayar empat tahun lalu.. ayah tirinya pula adalah seorang warga asing dan berkahwin dengan ibunya setahun lalu.. oleh sebab itu asri tidak suka dengan ayah tirinya dan marah kepada ibunya setiap hari… “entah lah bang,hari-hari asri marah je kat saya,apa salah saya pun tak tahu..semua kehendak dia saya ikut,tapii…….” Rintih mak kiah sambil mengesat air matanya mengunakan lengan bajunya.. “sabar lah ye.. mungkin dia masih marahkan kita lagi agaknya tu…” pujuk haji arsyad sambil mengelapkan air mata kiah menggunakan lengan bajunya.. di dalam bilik asri masih tersenyum sendiri mengigatkan peristiwa petang tadi… “kalau la aku dapat budak perempuan tadi tu,memang aku jaga dia sampai akhir nyawa ku lah… ishhh…. Berangan pula aku nie.. hahaha..” asri bercakap sendiri sambil mentertawakan dirinya yang sedang berangan berseorangan…
Pada keesokkan harinya,dia bangun awal pagi dan menggosok bajunya sendiri.. ibunya pula bangun dengan tergesa-gesa dan bergegas ke bilik asri untuk mengejut asri.. “ri,ohhh asri.. bangun nak.. eh mana si asri ni,takkan dia lari dari rumah ke pagi-pagi ni..” ibunya risau dia lari sebab takut kan dia marahkan ibunya itu.. “ape mak cari tu..abang dah siap la mak.. mak lambat sangat bangun.. nak harap kan mak kejut,lambat lagi lah asri hari ni.. sarapan dah siap ke belum?”walau pun kata-kata asri agak kasar,tetapi ibunya tetap gembira anaknya sudah berubah.... dia tidak sangka asri sudah siap awal-awal pagi..ibunya sangat bangga melihat prubahan asri itu.. ibunya tersenyum lebar melihat asri… “kau dah solat nak? Kalau belum,abang pergi solat dulu,biar mak siapkan sarapan ya..” “alah,sembayang esok-esok pun boleh.. dah la mak,abang pergi dulu lah,kalau tunggu mak lambat lagi la abang sampai sekolah..” asri menjawab dengan rasa tidak bersalah lalu terus pergi ke sekolah.. air mata ibunya lagi sekali berlinangan membasahi pipinya.. tiba-tiba muncul tangan dari belakang mak kiah benghulurlan kain lap lalu mengelap air mata mak kiah.. “sudah lah kiah,jangan awak nangis lagi,kesian saya tengok awak hari-hari menangis melayan budak asri tu..kalau kita tegur pun,kita juga yang dimarahnya..sabar lah ya kiah…” pujuk haji arsyad kepada istrinya yang sedang menangis.. haji arsyad memimpin istrinya masuk ke bilik semula.. “dah, awak berehat lah,awk tu tak sihat,nanti darah tinggi awak naik lagi kan susah saya..biar saya yang buatkan sarapan hari ni..” haji arsyad kasihan melihat istrinya yang sakit itu.. sudah setahun mak kiah menderita sakit darah tingginya sejak asri melawan sahaja kata-katanya… sanggup anak kandungnya melakukan sedemikian terhadap ibu kandungnya sendiri…dalam perjalanam ke sekolah, secara tiba-tiba motor yang dipandu asri hilang kawalan.. motornya terbabas ke dalam semak di tempat dia hendak terlanggar orang tua semalam.. dia pengsan dan terlantar di dalam semak itu..tiada seorang pun perasan akan asri di situ.. tiba tiba kedengaran suara orang mengaji di sebelahnya,dia seperti pernah mendengar suara itu..tetapi dia tidak dapat mengenal pasti siapa yang sedang mengaji itu.. orangnya memakai telekung dan kedudukannya menghadap ke kiblat.. dia fikir adakah dia sudah mati,di bacakan ayat-ayat suci al quran..nasibnya baik,kerana dia masih hidup lagi.. matanya kabur-kabur dan kepalanya pening melihat siapakah gadis yang membaca al quran itu… “Assalamualaikum nak…” “ish! kau sapa?kenapa aku boleh berada di sini?” asri terkejut melihat seorang tua yang memakai serban putih dan berbaju putih tiba-tiba menegunya.. “kau tak kenal pak cik nak? Pak cik lah orang tua yang anak mahu langgar semalam pagi ketika hendak ke sekolah.. ingat lagi tak nak..” asri berasa terkejut,dia fikirkan malaikat maut yang sedang bercakap dengan dia..nasib baik dia masih hidup lagi.. dia teringat kembali peristiwa semalam yang hampir meragut nyawanya.. “tapi bagaimana saya boleh berada di sini??” Tanya asri kepada orang tua itu.. “begini,anak kemalangan tadi,pak cik jumpa anak dah pengsan di tempat kita hendak kemalangan semalan,.semasa pak cik pulang hantar anak pak cik ke sekolah tadi.. anak ingat tak? ” orang tua itu menjelaskan perkara yang berlaku ke atas asri.. “emmm…betul ke pak cik? Tapi saya tak ingat apa-apa pun cik..” jawab asri sambil mengurut kepalanya yang benjol akibat terhantuk batu semasa kemalangan tadi.. “siapa nama pak cik?” Tanya asri ingin menanya identiti orang tua itu..“nama pak cik,pak kalid,orang panggil ustaz kalid,pak cik baru tinggal di kampung ni.. dulu pak cik tinggal di kampung di seberang sana,pak cik pindah ni pun sebab dipindahkan oleh jabatan agama suruh pak cik mengajar di sekolah agama di kampung ni..” jelas pak kalid lagi.. “siapa tu cik?pak cik tinggal ber dua je ke?” Tanya asri sambil matanya tidak teralih melihat gadis itu mengaji.. “nur… pergi buatkan air untuk tetamu kita ni” “baik ayah..”nur terus bersiap melakukan suruhan ayahnya itu.. “itu anak pak cik, ke?” “ya, nur balqis namanya..”jawab pak kalid “sedap namanya,semanis orangnya semerdu suaranya membaca al quran.”puji asri mengharapkan nur balqis mendengarnya... “anak berehat dulu lah ye,pak cik nak solat asar kejap,dah pukul 5 petang dah ni,nanti terlambat pula..kalau kita lambat-lambatkan solat ibarat kita dapat ekor lembu sahaja,tapi kalau kita solat pada awal waktu ibarat kita dapat seekor lembu dengan ekor-ekornya sekali..jom kita solat bejemaah bersama,” “nanti lah pak cik saya tak berapa sihat lah,esok kalau saya dah senang saya ganti balik solat saya tu” “Astrghfirullahhalazim. Tak baik macam tu nak,islam dah bagi kemudahan kepada kita jangan kita sia-siakan.. walau sakit macam mana pun kita,susah mana pun kita,solat kita kena jaga..,jika kita tak boleh solat berdiri kita solat cara duduk,kalau duduk pun tak boleh kita boleh baring,niat dalah hati sahaja.. tapi kalau semua tu pun tak boleh,innalillah la jawabnya.. anak dah besar dah pandai fikir,anak fikir lah apa yang pakcik cakapkan tu..” dengan perasaan tidak bersalah,asri terus baring dan pura-pura tidur.. “sama aje dengan mak aku” asri bercakap dalam hati.. tidak lama selepas itu nur qistina pun sampai membawa air dan sedikit makanan untuk asri.. “jemput makan ye wak,maaf lah ini je yang ada” tak pe,saya tak kisah..” asri memandang wajah nur balqis sampaikan tidak berkelip matanya.. “ibu awak mana?” “ibu saya dah meningal empat tahun lepas..dia meninggal sebab serangan jantung dan darah tinggi..” “ohh.. maaf ye nur kalau pertanyaan saya buat awak terasa..,saya tak tahu” “tidak mengapa lah wak,benda dah lepas.. saya tak ambil hati pun..” “sebenarnya,mak saya pun ad penyakit macam tu..dah setahun dia menghidap penyakit tu..” jelas asri secara tiba tiba tanpa ditanya..“macam mana keadaan dia sekarang?” Tanya nur balqis meningin asri menceritakan tentang hidupnya pula..“entah lah nur,saya tak pernah ambil tahu pun pasal penyakit mak saya..” “kenapa?”Tanya pak nur balqis kehairanan… asri menceritakan konflik antara dia dan ibunya.. “sejak dua tahun lepas sejak ibu kahwin dngan ayah tiri saya,saya mula benci dengan ibu saya,dia berkahwin dengan warga asing..ayah tiri saya tu orang Indonesia..saya tak suka kat dia sebab dia orang asing.. kat sekolah saya asik di ejek dengan kawan-kawan saya..Mereka gelar saya “anak indon”.. malu saya dibuatnya..ini semua salah ibu saya kahwin dengan haji arsyad tu.. sejak itu saya selalu marah-marah ibu saya,saya ingin dia bercerai dengan lakinya tu..baru puas hati saya..” “Astaghfirullahalazim.. awak… tak baik awak buat ibu awak mcam tu,berdosa besar wak.. sedangkan meninggikan suara atau cakap ah! tu dah kira melawan… inikan lagi melawan,menyakiti, dan marah-marah ibu awak..hukumanya dosa besar wak.. tak dapat cium bau syurga langsung wak.. syurga tu kan di bawah telapak kaki ibu..” nur balqis cuba menasihati asri..“awak tak paham perasaan saya… cuba awak berada di tempat saya,semua perkara yang terjadi ni mengelirukan saya..” “awak patut bersyukur sebab masih ada ibu dan ayah,walaupun cuma ayah tiri,awak lihat saya Cuma ada ayah saja,ibu dah meninggal,semua perkara dari mengemas,masak,basuh pakaian dan belajar semua saya yang uruskan sendiri..ibarat saya ni anak dan saya ni lah ibu..cuba kalau ibu saya masih hidup..mesti kerja saya lebih senang sikit berbanding sekarang..baru saya tahu betapa susah dan penatnya menjadi seorang ibu...banyak tanggungjawab mahu diselesaikan.. kalau lah ibu saya hidup lagi….saya akan jaga ibu saya baik-baik.” secara tiba tiba air mata nur balqis menitis dengan sendirinya.. dia berasa sangat sedih apabila teringatkan belaian kasih sayang dari ibunya.. asri rasa sangat bersalah dan meminta maaf kerana telah membuatkan nur balkis menangis…”maafkan saya wak.. saya tak bermaksud nak buat awak menangis..semua salah saya.” Tiba tiba air mata asri juga mengalir apabila melihat air mata nur balqis.. timbul keinsafan dalam dirinya untuk meminta maaf kepada kedua orang tuanya.. “saya banyak membuat dosa kepada ayah dan ibu.. saya nak balik dan meminta maaf kepada mereka.. saya menyesal atas segala yang telah saya lakukan selama ini.. mak! Maafkan asri!!” “bagus la kalau adwak dah sedar..” “tapi sempat lagi ke saya nak bertaubat?” “Allah masih buka pintu taubat bagi umatnya yang mahu bertaubat atas segala yang telah dilakukan sehingga matahari belum terbit dari barat ke trimur.. walau banyak mana pun kesalahan yang kita lakukan,Allah tetap akan mengampunkan kesalahan kita selagi kita meminta ampun dan bertaubat.. dosa orang yang bertaubat itu akan terhapus ibarat bayi yang tiada dosa,tetapi taubat itu biarlah ikhlas.. Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..sesungguhnya apa yang kita minta dengan penuh keikhlasan akan diberikan selagi tidak melanggar syariatNya..” nur balqis memberi semangat kepada asri agar asri bertaubat..dia mahu asri berubah dan tidak menyakiti hati orang tuanya lagi.. “kalau macam tu saya nak balik sekarang dan minta maaf dekat mereka” “tapi awak masih belum sembuh, nanti biar saya suruh ayah saya hantar awak pulang.” “tak pe lah,saya tak nak menyusahkan ayah awak” “tapi kaki awak cedera tu” “tak pe,ni semua balasan atas apa yang selalu saya lakukan.. Allah itu maha adil,sekarang saya dah dapat balasannya..” “tapi…….” Nur cuba menghalang… “terima kasih ya wak,kirim salam kat ayah awak dan saya minta maaf sebab mengasari ayah awak semalam”asri bangun dan terus berlari keluar dan menahan kesakitan kakinya yang terseliuh itu.. “nak,nak pergi mana tu?” pak kalid memanggil asri yang tergesa gesa berlari pulang.. “dia nak balik nak minta maaf kat ibu bapanya yah” “biar pak cik hantar kamu” pak kalid memanggilnya lagi,tetapi asri tidak mengendahkannya.. asri terus berlari sambil mengesat airmatanya menahan kesakitan yang dialami..walaupun kadang kala dia terjatuh dia tetap bangun meneruskan perjalanan.. tiba dirumah, dia melihat ayahnya menemani ibunya yang terbaring di atas katil.. “asri kau kemana? Kau tengok ibu kau ni terlantar sakit mengingatkan kau,..” tegur ayahnya .. asri menangis dan berlari lalu terus memeluk ibunya.. “mak… maafkan abang mak… abang banyak buat salah dekat mak dan ayah.. maafkan asri makk…..abang menyesal atas apa yang abang dah buat dekat mak selama ni..” “kau dah balik nak..uhuk..uhuk..” dengan suara yang tidak bermaya serta batuk-batuk ibunya memeluk asri dan menagis.. “mak tak pernah ambil hati nak,dan mak dah maafkan semua kesalahan kau nak..” “abang janji abang tak buat lagi mak..maafkan abang..” “kalau mak dah tak ada lagi kau jaga ayah kau dan belajar rajin-rajin ye..mak nak kau berjaya menjadi seorang yang berguna kelak..mak tak mahu kau susah.. bang haji.. jaga anak kita elok-elok ya..” pesan mak kiah kepada haji arsyad dan asri..“yelah kiah,abang janji..”jawab haji arsyad sambil memegang erat tangan istrinya.. tiba–tiba….genggaman dan pelukan itu hilang sedikit demi sedikit..tangannya rebah dan matanya terpejam dengan perlahan.. asri mula resah.. dia cuba mengejut ibunya..“mak…mak..bangun mak..bangun..tolong lah buka mata mak… mak!! Mak!! Bangun!! Mak……….asri belum minta maaf lagi dengan mak.. asri banyak dosa dengan mak.. makk… bangun..” asri memeluk erat tubuh ibunya dan menangis teresak esak dan mencium ibunya.. “makk!!!! Maafkan asri…….!”



Sesungguhnya kasih sayang seorang ibu itu tiada penghujungnya..
Ibulah yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..
Walaupun kasih kita kepadanya tidak sebesar kasih dia kepada kita..
Kasih ibu tetap tidak berkurang…kerana beliau lah yang melahirkan kita..

Kasih kepada Allah adalah yang pertama..
Kasih kepada ibu bapa membawa ke syurga..
Mencintai Al Quran haruslah di utama..
Mencintai sesama manusia haruslah dijaga…



Hasil nukilan:
Muhamad Muaz bin Alias
6A1 ‘2010’

2 ulasan:

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhh baju budak kampung itewww pernah tengok lah kat autoshow motow... ni mesti budak muar ni...

aku kenal baju yang ko pakai baju hitam itewww... salam kenalan yerrr....

Mu'az Alias berkata...

haha... aku la antare ahli budak kampung bimbingan saudara irwan miswan di blogny budak kampung.... salam perkenalan..